AKU JEBAT TUAH: PUISI ABDUL KADIR IBRAHIM, NATUNA




Aku Jebat Tuah

hampir senja
jumat minggu kedua
haribulan sepuluh hijriah
hang tuah
kembali dari pengembaraanya
hang jebat
cegit di sampingku
bertiga kami tertawa
sekejap berehat
selepasnya pula
di kaki gunungnya bintan
santap bersama beberapa isi durian
sekiranya berudlu di air terjun
aku sendawa
hang tuah
ketawa
hang jebat
raba mata pedangnya
kukira murka ianya
ternyata kebiasaan sahaja
bersela di batubatu
kami bertukar cerita
cerita pengalaman
sesekali perkara kezaliman
dan juga kelaliman
serta apaapa masingmasing alami
dan temui sepanjang hidup
bertimbal nasib
berlama dalam melaju zaman
seterang ataupun segelapnya
kami sadar cerita berbeza sekali
hanya tawa kami yang agaknya sama
hang tuah ucapkan lagi
"tak melayu hilang di bumi"
daku katakan, "satu persatu
orangnya melayu kehilangan tanah
hingga berlalu pergi"
hang jebat terlihat tahan amarahnya
dan ucap berkelebat,
"raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah"
aku menjawab, "raja tak ada lagi
orangnya melayu berlari
memimpin dirinya sendiri"
ini cerita kini
tuah ataupun jebat takkan sepaham
maka sekali lagi
kita mesti lama bertapa
di puncak gunung elang ngelinau
dan
sebelum maghrib aku mohon diri
sehingga kini
keduanya tak kuasa kuhubungi lagi
tapi hatiku selalu berkata
sampai nyata bertahta di singapura
atau malaka
dan selanjutnya
di pulau bintan
nusantara!

Jogjakarta, Oktober 2018

Comments