SUATU CERITA ANEH TENTANG POLITIK: PUISI DATU JASNI MATLANI, SABAH MALAYSIA



Entah mengapa, aku tidak pernah jatuh cinta padamu. Tidak pernah! Kebencianku pun mengeras seperti batu. Setiap kali kita bertemu aku hanya melihatmu dari jauh. Kadang-kadang aku menyelinap di sela rimbunan ilalalang dan belukar kecil harapan yang hangus menjadi debu. Kadang-kadang aku mengelak daripada bertembungmu di jalanan dan enggan mengucap salam kerana aku tidak dapat mengimbangi keinginan atau keghairahanmu yang luar biasa seperti api dari dasar bumi yang ke tujuh. Jika aku dapat memujukmu membunuhku dalam percintaan yang diam. Aku ingin mengatakan kepadamu begini;  Seribu tahun tidak cukup untuk mengapung serbuk kesakitanku.

DJM

Comments